Thursday 18 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 6

Assalamualaikum sahabat..

Bertemu lagi kita dalam refleksi minggu 6 dalam proses pembelajaran GE1155  (komputer dalam pendidikan). Pada kali ini, kami semua diminta oleh Pn Fariza menghadiri 1 taklimat di PTSL untuk mendengar taklimat berkaitan dengan cara menggunakan perkhidmatan di PTSL. Taklimat tersebut telah menerangkan bagaimana cara kita untuk mencari sumber seperti buku, jurnal dan artikel. Ini merupakan kali yang kedua saya mendengar taklimat ini dan alhamdulillah, saya lebih faham tentang cara pengunaannya dan bagaimana hendak mnggunakannya..

Perpustakaan Tun Seri Lanang


Dalam taklimat ringkas tersebut, ada menerangkan tentang laman sesawang Gemilang untuk mengakses dan mencari buku secara online di internet. Laman sesawang ini direka khas bagi memudahkan pelajar dan pensyarah untuk mencari dan meminjam buku di PTSL. Bagi pengguna yang sudah ada tajuk buku yang ingin dicari, ia lebih mudah berbanding pengguna yang belum ada tajuk yang ingin dicari. Pengguna boleh mencari dengan menggunakan browse tetapi bagi pengguna yang tidak tahu tajuk sebenar buku tersebut boleh mencari buku tersebut dengan keyword.




Selain itu, kami juga telah didedahkan tentang pencarian jurnal dan artikel pada taklimat itu. Untuk mencari jurnal dan artikel pula,pengguna boleh mencarinya melalui portal e-Journal. Semua jurnal dan artikel dalam pangkalan ini merupakan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pangkalan data yang popular @ selalu digunakan ialah :-


Setelah selesai dengan taklimat tentang cara penggunaan sesawang Gemilang, kami telah diberikan sedikit  tugasan oleh Pn Fariza iaitu kami perlu mencari sebanyak 5 artikel tentang tajuk pembentangan yang telah kami bentangkan pada minggu lepas - Online forum - dan kumpulkan dalam satu folder iaitu ' Bahan Pencarian ' kemudian upload di YahooGroups masing-masing.

Disamping itu, kami  juga diminta oleh Pn Fariza untuk membuat survey melalui SurveyMonkey untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang tugasan kami - Online Forum




Tolong jawab sahabat ku..^^

  • link - http://www.surveymonkey.com/s/FHDF8MJ

Alhamdulillah..Sebelum berakhir nya penulisan blog saya ini, saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidiladha & Selamat Hari Raya Korban bagi seluruh umat Islam yang mngenali diri saya..Semoga pengertian dan pengorbanan Nabi Ibrahim dapat sama-sama kita hayati..Insya-ALLAH..

Assalamualaikum...^^

No comments:

Post a Comment