Friday, 12 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 5


Assalamualaikum..^^


Pada minggu yang kelima ini, kami semua diminta oleh Pn Fariza untuk membuat satu slide show dengan menggunakan power point bagi membentangkan satu tajuk yang telah Pn Fariza berikan kepada setiap kumpulan pada minggu ke-4 sebagai tugasan. 

Power point 




Setiap kumpulan akan membentangkan tugasan masing-masing mengikut tajuk yang telah ditetapkan. Pembentangan mestilah dibentangkan dalam bentuk slide show dengan mnggunakan power point.

Antara tugasan-tugasan tersebut ialah:-

  • 21st Century Skills
  • Thinking skills and ICT
  • Internet and Computer Security (Virus, Spam, Phishing) & Operating System
  • Original and Licensed software
  • Open sourse Software
  • Web 2.0 in education
  • E-Learning & Mobile learning
  • Online Forum



tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan saya ialah Online Forum..Anda tahu apa itu Online Forum..???..mesti tak kan..,hehe..jom layan APA ITU ONLINE FORUM??..^_^


ONLINE FORUM


DEFINISI…

• ONLINE FORUM bermaksud bilik sembang atau forum internet.


• Online forum atau forum dalam talian adalah satu perbincangan yang berasaskan Internet yang memberikan pengguna maklumat peluang pertukaran dan pendapat tentang kepentingan topik dan khusus.


• Forum dalam talian adalah dilindungi oleh kata laluan supaya pengguna perlu mendaftar dengan nama pengguna dan kata laluan sebelum menyertainya.


• Dalam sesebuah forum, pengguna boleh membaca forum yang sedia ada (mesej asal) atau komen-komen daripada pengguna (mesej asal serta semua balasan), mengulas mengenai idea mereka atau memulakan cara kehendak mereka sendiri.






APA ITU ONLINE FORUM??


Mungkin sesetengah orang belum kenal apa itu forum. Tapi ada juga yang tahu, namun tidak mengambil peluang yang terbuka luas melaluinya.Ini kerana melalui online forum ini berbagai jenis forum yang dapat kita bina untuk berkongsi idea dengan orang ramai malah kita juga boleh menjadikan online forum sebagai tempat untuk kita membuat duit contohnya jika kita seorang peniaga barangan kereta maka kita boleh membuka satu forum untuk urusan penjualan barangan tersebut dan sebagainya..




Bagaimana untuk membina sebuah forum?



Contoh yang kami tunjukkan disini adalah melalui laman forum percuma iaitu :-



                                                     

(contoh forum percuma) 



Selepas masuk link diatas, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu matlumat pendaftaran seperti perkara berikut :-

                                    - First name
                                    - Last name
                                     -Email

Anda berjaya menjadi AHLI FORUM..!!..hehe..




Kelebihan dan kekurangan online forum



Kelebihan

Antara kelebihannya adalah :-

• Ianya sesuai untuk pelbagai tempat dan masa 

• Forum lebih adil terutama kepada pelajar yang pendiam dan kurang bercakap.

• Lebih ramai pelajar akan menyertai perbincangan 

• Penjelasan perbincangan akan berada di forum berkenaan dan sesiapa yang tertinggal boleh membaca kembali mesej yang telah ditulis 

• Pelajar yang berfikiran reflektif akan lebih berminat untuk menyertai perbincangan 

• Kaedah asynchronous akan membenarkan respon pada bila-bila masa 

• Guru tidak lagi sebagai pengajar tetapi sebagai orang tengah 

• Ia membenarkan perbincangan di antara pelajar dengan kumpulan dari kelas yang berlainan 

• Lebih terbuka dan bebas dalam memberikan pendapat sendiri dan memberi komen terdapat komen ahli yang lain 


Boleh memilih tajuk yang disukai untuk berbincang dan setiap orang boleh menghantar pelbagai tajuk dalam forum berkenaan.





Kekurangan

• Mewujudkan satu forum yang berjaya meletihkan kerana forum induk perlu mengemukakan semua topik untuk perbincangan secara berterusan selama berbulan-bulan, dan topik perlu menarik supaya orang ramai mula mengulas


• Pentadbir boleh mengedit siaran orang, dan mereka boleh mengharamkan orang untuk kemukakan pandangan jika seseorang memberikan beberapa idea-idea yang pentadbir tidak berasa selesa idea tersebut walaupun idea-idea yang mungkin berguna dan benar kepada orang lain.


• Forum mungkin gagal dengan tiba-tiba jika salah satu penyumbang tertentu berhenti menyumbang, membuatkan forum 'mati' kerana seseorang tidak mendapat jawapan yang ditanya.


• Mana-mana orang secara rawak boleh datang ke forum dan spam forum tersebut membuat forum kurang menarik, sekali gus kehilangan ramai ahli dan pelawat.




Akhir kata, itu sajalah yang dapat saya kongsikan bersama untuk pengetahuan kita semua.. INSYAALLAH.. jikalau ada penambahan atau kekurangan, mohan maaf dipinta..terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk membaca blog sy ini..peace..!!..:-)

No comments:

Post a Comment