Pejam celik pejam celik, sudah 4 minggu kita bersama untuk proses pembelajaran di UKM ni kan. Sungguh cepat masa berlalu. ^_^ Tapi tak apa, Pelajaran tetap kita kena teruskan..:-) Penulisan blog saya pada kali nie berkaitan dengan apa yang kami belajar di dalam kelas komputer Dalam Pendidikan ialah mengenai Web 2.0. Sebelum itu, saya nk bertanya, apa yang anda faham dan tahu mengenai Web 2.0. ??. mesti tidak tahu kn. saya pun tidak tahu lansung apa itu Web 2.0. hehehe.. Selepas itu, Pn Fariza telah menerang kan kepada kami dengan lebih lnjut mengenai Web 2.0. baru lah terkeluar ayat dari mulut-mulut kami semua. " oooohhhhhhhh mcm itu"..bese la kan. heheehe..
Web 2.0 ?????
Web 2.0. ialah Istilah ini mula dipakai untuk menggambarkan aplikasi-aplikasi Internet generasi baru yang merevolusi cara kita menggunakan Internet. Semua aplikasi ini membawa kita masuk ke babak baru penggunaan Internet yang berbeza dengan generasi sebelumnya pada pertengahan tahun 1990-an.
Siapakah yang mewujudkan Web 2.0???..
Web 2.0 dihasilkan oleh dua pakar komputer iaitu O'Reilly dan John Battelle, telah memberi satu rumusan khusus terhadap Web 2.0 kepada umum. Ia mula diperkenalkan dalam O'Reilly Media Web 2.0 Conference pada tahun 2004. Pemahaman konsep serta takrifan terhadap Web 2.0 masih kabur pada asalnya.
Ciri-ciri Web 2.0
- Membolehkan pengguna untuk melakukan lebih daripada sekadar mencari maklumat
- Mencari maklumat melalui kata kunci
- Web sebagai platform
- Gabungan maklumat dan pengetahuan
- Kekuatan data
- Kitaran kemaskini perisian
- Model aturcara yang mudah
- Integrasi perisian melalui pelbagai alat
- Rich user experiences
Era web 2.0 bermula dari 2001 sehinga sekarang…
Ianya merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Pada web 2.0 content tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan pada content web tersebut juga pengunjung2 yang lainnya dapat memberi komen,bekomunikasi antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Antara contoh yang jelas mengenai web2.0 adalah :-
Contoh bagi Web 2.0
- Blog (saje nk promote blog sendiri..^^)
dan banyak lagi. korang sendiri pun mesti sudah sedia maklum. Betapa mudahnya ia berkomunikaasi dan berinteraksi bersama kawan-kawan yang lain.
No comments:
Post a Comment