Friday 5 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 3..

Assalamualaikum dan salam sejahtera Sahabat...


Alhamdulillah..berjumpa lagi kita dalam minggu ketiga untuk subjek GE1155 ( komputer dalam pendidikan). Pada kali ini, tajuk yang perlu kami pelajari ialah berkaitan dengan dropbox. Jom layan apa yang saya tahu tentang Dropbox. ^_^


Apa itu Dropbox??




DropBox adalah Media penyimpan (storage) menawarkan ruang penyimpanan sebesar 2 GB secara gratis. Tidak seperti file hosting lain, kelebihan DropBox adalah ia dapat tersinkronisasi secara langsung pada komputer yang kita gunakan (PC atau Mac), sehingga kita dapat mengakses file yang kita simpan dimanapun kita berada sekalipun dalam kondisi offline.

Kelebihan DropBox

Ada beberapa kelebihan yang ada pada DropBox yang sangat bermanfaat bagi kita. antaranya adalah :-


  • Ruang penyimpanan 2 GB
  • Bila kita mendaftar secara normal di DropBox, kita akan mendapatkan ruang penyimpanan sebesar 2 GB secara umum selamanya.
  • Tidak seperti file hosting lain yang membatasi jenis atau format file, DropBox memberikan kebebasan bagi penggunanya untuk mengupload semua jenis file, baik itu dokumen, gambar, zip, bahkan sebuah program (exe). 
  • DropBox pun tidak membatasi ukuran file yang diupload. Selagi ukuran tersebut masih di bawah batas ruang penyimpanan, hal tersebut tidaklah terlarang.
  • Kita dapat membackup file atau folder yang kita inginkan di perangkat tersebut dengan cara memindahkannya/menandainya ke folder DropBox yang ada di komputer, kita tidak perlu mengunjungi website DropBox untuk mengupload file. Hanya dengan memindahkan file tersebut ke folder sharing, otomatis file tersebut akan terupload ke DropBox.
  • Berbagi file di mana saja. Kita dapat berbagi file apapun kepada sesama pengguna DropBox.
  • Media backup yang aman. Kenapa saya katakan aman? ini karena kita tidak perlu takut kehilangan file yang disimpan di server DropBox. 


Seterusnya, kami dikehendaki mengolah tentang LMS / CMS. Dr Siti Fatimah menceritakan serba sedikit tentang LMS & CMS



Apa itu 'Learning Management System ( LMS ) dan Course Management System ( CMS )' ??



LMS





Sistem Pengurusan Pembelajaran(Learning Management System) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran disekolah.Bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan bahan pembelajaran dan berkomunikasi dengan pensyarah.

Apa yang saya tahu tentang LMS ialah ia merupakan sebuah sistem untuk pentadbiran, pendokumentasian, pemantauan dan laporan untuk sesebuah program latihan, kelas pembelajaran dan program e-learning.

Ciri-ciri yang perlu ada pada LMS :

  • Pengawalan pentadbiran organisasi pendidikan tersebut.
  • Keupayaan pengguna terhadap sistem bagi memberi manfaat dari segi pendidikan atau informasi.
  • Memberi input dan informasi kepada pengguna secara lancar.


Tujuan LMS

  1. Mendekatkan pelajar dengan persekitaran e-pembelajaran
  2. Mengurus dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajar
  3. Infrastruktur kepada perlaksanaan program E-Pembelajaran.
  4. Mengurangkan masa
  5. Batasan(platform) terbaik bagi menguruskan interaksi antara pelajar

Kelebihan LMS

  • Berinteraksi antara pelajar melalui forum dalam talian, menghebahkan pengumuman, menjalankan  ujian atau kuiz secara dalam talian            
  • Berupaya mengesan dan memantau penglibatan pelajar dalam menggunakan LearningCare.
  • LearningCare dan proses pengajaran perlu diintergarsikan dengan sebaiknya untuk menghasilkan proses pengajaran  dan pembelajaran yang berkesan                                                                                                                                                                                              






CMS




Satu sistem pengurusan kandungan menyokong corak kerja seperti penghasilan, pengurusan, penyebaran, penerbitan dan penjelajahan maklumat-maklumat  dalam sistem tersebut. Ianya berupaya untuk mengendali dan menguruskan struktur keseluruhan laman web sama ada bentuk paparan laman web itu sendiri sehinggalah kepada bentuk navigasi bagi memandu pengguna melayarinya. Pada hari ini, kebanyakkan CMS lebih berfokus kepada penghasilan laman web bagi tujuan mengendalikan kandungan web. Dalam sesetengah pendapat, mereka lebih gemar menggunakan terma "web management content, WMC".


Apakah kelebihan menggunakan CMS

Tiada fokus yang tepat tetapi CMS itu sendiri menyajikan kelebihan dan keuntungan yang lebih besar daripada yang dijangka. Ini termasuklah :-

  • mengukuhkan proses penulisan kandungan
  • kitaran yang pantas dalam proses kemas kini untuk halaman sedia ada dan halaman baru
  • lebih konsisten
  • meningkatkan tahap fleksibel
  • menyokong banyak penulis/pengurusan
  • meningkatkan tahap keselamatan laman
  • mengurangkan duplikasi maklumat dan informasi
  • kapasiti yang lebih untuk bertumbuh
  • mengurangkan kos penyelenggaraan satu-satu laman web.


Kesimpulan mengenai CMS

Sistem pengurusan kandungan (CMS) adalah satu perkara relatif dan sudah sebati dalam dunia pembangunan laman web sekarang. Walaupun saya rasa ianya masih belum diterima pakai oleh semua pengguna, tetapi perubahan secara dramatik dari segi kesenangan menguruskan satu-satu laman web telah berjaya ditonjolkan dengan sempurna. Itu sajalah yang dapat saya kongsikan bersama. Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi ilmu bersama-sama. ^_^

No comments:

Post a Comment