Selamat datang ke blog saya iaitu blog untuk subjek GE1155 (Komputer dalam Pendidikan) yang diajar oleh Pn Fariza bt Khalid. Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-NYA, saya dapat mencipta blog untuk subjek GE1155 (Komputer dalam Pendidikan). Alhamdulillah.
Di kesempatan ini saya mengalu-alukan kehadiran para pelajar, sahabat, dan semua yang mengenali diri saya untuk berkongsi dan memberi ilham untuk memajukan blog subjek ini. Pada perjumpaan pertama ini, besar harapan saya agar anda semua dapat menanamkan azam yang kukuh untuk sama-sama menjayakan proses pembelajaran yang akan kita lalui bersama-sama untuk minggu-minggu yang akan datang. Sesungguhnya, niat yang ikhlas, usaha, sabar, dan tawakkal, yang tidak pernah putus akan membuahkan hasil yang lumayan, InsyaAllah ..
Minggu 1 & 2
Pada minggu pertama dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan, kami semua mula berkenalan dengan Dr.Siti Fatimah Mohd Yasin. Beliau merupakan penyelaras bagi subjek Komputer Pendidikan (GE1155). Beliau memberi sedikit taklimat mengenai pengenalan Komputer Dalam Pendidikan kepada kami. Selepas sesi pengenalan, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kelas ini berlangsung selama tiga hari seminggu mengikut kumpulan masing-masing. Saya merupakan ahli kumpulan 3 iaitu jatuh kepada hari khamis pada jam 11 pg sehingga 2 ptg. Selain itu, kelas ini berjalan selama tiga jam bagi setiap satu sesi kelas berkumpulan. Dalam kelas berkumpulan, penyelaras yang bertanggungjawab mengajar kami ialah Pn Fariza Khalid. Pn Fariza telah meminta kami semua membuat email rasmi terlebih dahulu. Sebilangan pelajar telah mempunyai email tetapi masih perlu diperbaiki kerana ID yang digunakan tidak sesuai. Pengunaan email rasmi tersebut adalah bertujuan untuk digunakan dalam waktu pembelajaran semasa berada di universiti ini. Saya telah membuat dua email rasmi dengan menggunakan yahoo mail dan google mail.
Ini adalah akaun yahoo dan juga google saya..^_^
- email yahoo - hafizudin_sulaiman@yahoo.com
- email google - hafizudin3389@gmail.com
Selepas itu, Puan Fariza menyarankan kami semua membuat signature dalam email masing-masing. Perkara wajib yang ada dalam signaturec tersebut adalah :-
- Nama Penuh
- Program & Fakulti
- No telefon
- Alamat yahoo mail
- Alamat google mail
- Akaun Facebook
- Alamat blog
- Alamat yahoogroup
- Alamat Facebookgroup
Setelah selesai dengan perisian signature, kami perlu menghantarnya pada email Puan Fariza. Ia bertujuan untuk memudahkan pensyarah menghubungi para pelajar dan mudah untuk membuat pengumuman rasmi.
Di samping itu, kami diwajibkan mnyertai yahoogroup GE1155. Dalam group tersebut, terdapat perfoma dan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah. Selain itu, group itu juga bertujuan membolehkan para pelajar berkongsi masalah dan berkongsi ilmu antara satu sama lain.saya telah mencipta 1 group untuk kegunaan yahoogroups ini..hehe..
- email yahoogroups - http://groups.yahoo.com/group/A139202
Pada minngu kedua, kami diminta untuk membuat akaun facebook. Dalam akaun facebook tersebut, kami disarankan untuk membuat group dengan mengunakan no matrik pelajar sebagai nama group tersebut.
saya berjaya juga membuat akaun facebook seperti yang diminta oleh Pn fariza..alhamdulillah..:-))
- akaun facebook - mohamad hafizudin sulaiman
- group facebook - A139202 ( hafizudin sulaiman )
Setelah kami selesai membuat facebook group dengan jayanya, kami ditugaskan untuk membuat blog rasmi pula. Kami bebas mengguna mana-mana email rasmi untuk mencipta blog. Dengan menggunakan email yahoo, saya telah mencipta 1 blog dan di dalam blog tersebut saya akan menceritakan tentang apa yang kami belajar dan apa yang kami buat semasa berada di dalam kelas untuk subjek GE1155.
Kami akan menaip dari minggu pertama sampai minggu terakhir proses pembelajaran. Pensyarah kami akan menilai dan memberi markah menerusi apa yang diceritakan oleh pelajar di dalam blog masing-masing. Itu sajalah yang dapat saya cerita dan kongsi bersama tentang apa yang berlaku pada minggu pertama dan kedua...see u again..peace!!!
No comments:
Post a Comment