Sunday, 28 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 7

Assalamualaikum & salam 1 malaysia..^^


Kelas pada minggu ini iaitu hari Khamis - 25hb 10 2012 , proses pembelajaran bagi subjek GE1155 dibatalkan kerana kita semua telah menyambut Hari Raya Aidiladha bagi seluruh umat Islam..Alhamdulillah..bulan yang penuh keberkatan & kemulian..bersyukur kehadrat ILLAHI..dengan keizinannya kita masih lagi hidup di dunia ciptaa-NYA..




SALAM AIDILADHA & SELAMAT HARI RAYA KORBAN..^_^




Thursday, 18 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 6

Assalamualaikum sahabat..

Bertemu lagi kita dalam refleksi minggu 6 dalam proses pembelajaran GE1155  (komputer dalam pendidikan). Pada kali ini, kami semua diminta oleh Pn Fariza menghadiri 1 taklimat di PTSL untuk mendengar taklimat berkaitan dengan cara menggunakan perkhidmatan di PTSL. Taklimat tersebut telah menerangkan bagaimana cara kita untuk mencari sumber seperti buku, jurnal dan artikel. Ini merupakan kali yang kedua saya mendengar taklimat ini dan alhamdulillah, saya lebih faham tentang cara pengunaannya dan bagaimana hendak mnggunakannya..

Perpustakaan Tun Seri Lanang


Dalam taklimat ringkas tersebut, ada menerangkan tentang laman sesawang Gemilang untuk mengakses dan mencari buku secara online di internet. Laman sesawang ini direka khas bagi memudahkan pelajar dan pensyarah untuk mencari dan meminjam buku di PTSL. Bagi pengguna yang sudah ada tajuk buku yang ingin dicari, ia lebih mudah berbanding pengguna yang belum ada tajuk yang ingin dicari. Pengguna boleh mencari dengan menggunakan browse tetapi bagi pengguna yang tidak tahu tajuk sebenar buku tersebut boleh mencari buku tersebut dengan keyword.




Selain itu, kami juga telah didedahkan tentang pencarian jurnal dan artikel pada taklimat itu. Untuk mencari jurnal dan artikel pula,pengguna boleh mencarinya melalui portal e-Journal. Semua jurnal dan artikel dalam pangkalan ini merupakan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pangkalan data yang popular @ selalu digunakan ialah :-


Setelah selesai dengan taklimat tentang cara penggunaan sesawang Gemilang, kami telah diberikan sedikit  tugasan oleh Pn Fariza iaitu kami perlu mencari sebanyak 5 artikel tentang tajuk pembentangan yang telah kami bentangkan pada minggu lepas - Online forum - dan kumpulkan dalam satu folder iaitu ' Bahan Pencarian ' kemudian upload di YahooGroups masing-masing.

Disamping itu, kami  juga diminta oleh Pn Fariza untuk membuat survey melalui SurveyMonkey untuk mendapatkan pendapat orang ramai tentang tugasan kami - Online Forum




Tolong jawab sahabat ku..^^

  • link - http://www.surveymonkey.com/s/FHDF8MJ

Alhamdulillah..Sebelum berakhir nya penulisan blog saya ini, saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidiladha & Selamat Hari Raya Korban bagi seluruh umat Islam yang mngenali diri saya..Semoga pengertian dan pengorbanan Nabi Ibrahim dapat sama-sama kita hayati..Insya-ALLAH..

Assalamualaikum...^^

Friday, 12 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 5


Assalamualaikum..^^


Pada minggu yang kelima ini, kami semua diminta oleh Pn Fariza untuk membuat satu slide show dengan menggunakan power point bagi membentangkan satu tajuk yang telah Pn Fariza berikan kepada setiap kumpulan pada minggu ke-4 sebagai tugasan. 

Power point 




Setiap kumpulan akan membentangkan tugasan masing-masing mengikut tajuk yang telah ditetapkan. Pembentangan mestilah dibentangkan dalam bentuk slide show dengan mnggunakan power point.

Antara tugasan-tugasan tersebut ialah:-

  • 21st Century Skills
  • Thinking skills and ICT
  • Internet and Computer Security (Virus, Spam, Phishing) & Operating System
  • Original and Licensed software
  • Open sourse Software
  • Web 2.0 in education
  • E-Learning & Mobile learning
  • Online Forum



tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan saya ialah Online Forum..Anda tahu apa itu Online Forum..???..mesti tak kan..,hehe..jom layan APA ITU ONLINE FORUM??..^_^


ONLINE FORUM


DEFINISI…

• ONLINE FORUM bermaksud bilik sembang atau forum internet.


• Online forum atau forum dalam talian adalah satu perbincangan yang berasaskan Internet yang memberikan pengguna maklumat peluang pertukaran dan pendapat tentang kepentingan topik dan khusus.


• Forum dalam talian adalah dilindungi oleh kata laluan supaya pengguna perlu mendaftar dengan nama pengguna dan kata laluan sebelum menyertainya.


• Dalam sesebuah forum, pengguna boleh membaca forum yang sedia ada (mesej asal) atau komen-komen daripada pengguna (mesej asal serta semua balasan), mengulas mengenai idea mereka atau memulakan cara kehendak mereka sendiri.






APA ITU ONLINE FORUM??


Mungkin sesetengah orang belum kenal apa itu forum. Tapi ada juga yang tahu, namun tidak mengambil peluang yang terbuka luas melaluinya.Ini kerana melalui online forum ini berbagai jenis forum yang dapat kita bina untuk berkongsi idea dengan orang ramai malah kita juga boleh menjadikan online forum sebagai tempat untuk kita membuat duit contohnya jika kita seorang peniaga barangan kereta maka kita boleh membuka satu forum untuk urusan penjualan barangan tersebut dan sebagainya..




Bagaimana untuk membina sebuah forum?



Contoh yang kami tunjukkan disini adalah melalui laman forum percuma iaitu :-



                                                     

(contoh forum percuma) 



Selepas masuk link diatas, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu matlumat pendaftaran seperti perkara berikut :-

                                    - First name
                                    - Last name
                                     -Email

Anda berjaya menjadi AHLI FORUM..!!..hehe..




Kelebihan dan kekurangan online forum



Kelebihan

Antara kelebihannya adalah :-

• Ianya sesuai untuk pelbagai tempat dan masa 

• Forum lebih adil terutama kepada pelajar yang pendiam dan kurang bercakap.

• Lebih ramai pelajar akan menyertai perbincangan 

• Penjelasan perbincangan akan berada di forum berkenaan dan sesiapa yang tertinggal boleh membaca kembali mesej yang telah ditulis 

• Pelajar yang berfikiran reflektif akan lebih berminat untuk menyertai perbincangan 

• Kaedah asynchronous akan membenarkan respon pada bila-bila masa 

• Guru tidak lagi sebagai pengajar tetapi sebagai orang tengah 

• Ia membenarkan perbincangan di antara pelajar dengan kumpulan dari kelas yang berlainan 

• Lebih terbuka dan bebas dalam memberikan pendapat sendiri dan memberi komen terdapat komen ahli yang lain 


Boleh memilih tajuk yang disukai untuk berbincang dan setiap orang boleh menghantar pelbagai tajuk dalam forum berkenaan.





Kekurangan

• Mewujudkan satu forum yang berjaya meletihkan kerana forum induk perlu mengemukakan semua topik untuk perbincangan secara berterusan selama berbulan-bulan, dan topik perlu menarik supaya orang ramai mula mengulas


• Pentadbir boleh mengedit siaran orang, dan mereka boleh mengharamkan orang untuk kemukakan pandangan jika seseorang memberikan beberapa idea-idea yang pentadbir tidak berasa selesa idea tersebut walaupun idea-idea yang mungkin berguna dan benar kepada orang lain.


• Forum mungkin gagal dengan tiba-tiba jika salah satu penyumbang tertentu berhenti menyumbang, membuatkan forum 'mati' kerana seseorang tidak mendapat jawapan yang ditanya.


• Mana-mana orang secara rawak boleh datang ke forum dan spam forum tersebut membuat forum kurang menarik, sekali gus kehilangan ramai ahli dan pelawat.




Akhir kata, itu sajalah yang dapat saya kongsikan bersama untuk pengetahuan kita semua.. INSYAALLAH.. jikalau ada penambahan atau kekurangan, mohan maaf dipinta..terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk membaca blog sy ini..peace..!!..:-)

Tuesday, 9 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 4

Assalamualaikum kawan..^_^


Pejam celik pejam celik, sudah 4 minggu kita bersama untuk proses pembelajaran di UKM ni kan. Sungguh cepat masa berlalu. ^_^ Tapi tak apa, Pelajaran tetap kita kena teruskan..:-) Penulisan blog saya pada kali nie berkaitan dengan apa yang kami belajar di dalam kelas komputer Dalam Pendidikan ialah mengenai Web 2.0. Sebelum itu, saya nk bertanya, apa yang anda faham dan tahu mengenai Web 2.0. ??. mesti tidak tahu kn. saya pun tidak tahu lansung apa itu Web 2.0. hehehe.. Selepas itu, Pn Fariza telah menerang kan kepada kami dengan lebih lnjut mengenai Web 2.0. baru lah terkeluar ayat dari mulut-mulut kami semua. " oooohhhhhhhh mcm itu"..bese la kan. heheehe..






Web 2.0 ?????

Web 2.0. ialah Istilah ini mula dipakai untuk menggambarkan aplikasi-aplikasi Internet generasi baru yang merevolusi cara kita menggunakan Internet. Semua aplikasi ini membawa kita masuk ke babak baru penggunaan Internet yang berbeza dengan generasi sebelumnya pada pertengahan tahun 1990-an.




Siapakah yang mewujudkan Web 2.0???..

Web 2.0 dihasilkan oleh dua pakar komputer iaitu O'Reilly dan John Battelle, telah memberi satu rumusan khusus terhadap Web 2.0 kepada umum. Ia mula diperkenalkan dalam O'Reilly Media Web 2.0 Conference pada tahun 2004. Pemahaman konsep serta takrifan terhadap Web 2.0 masih kabur pada asalnya.




Ciri-ciri Web 2.0


  1. Membolehkan pengguna untuk melakukan lebih daripada sekadar mencari maklumat
  2. Mencari maklumat melalui kata kunci
  3. Web sebagai platform
  4. Gabungan maklumat dan pengetahuan
  5. Kekuatan data
  6. Kitaran kemaskini perisian
  7. Model aturcara yang mudah
  8. Integrasi perisian melalui pelbagai alat
  9. Rich user experiences





Era web 2.0 bermula dari 2001 sehinga sekarang…

Ianya merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Pada web 2.0 content tidak hanya dipegang oleh administrator sepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan pada content web tersebut juga pengunjung2 yang lainnya dapat memberi komen,bekomunikasi antara satu sama lain,memberi pendapat dan banyak lagi. Antara contoh yang jelas mengenai web2.0 adalah :-



Contoh bagi Web 2.0 

  • Blog (saje nk promote blog sendiri..^^)

















dan banyak lagi. korang sendiri pun mesti sudah sedia maklum. Betapa mudahnya ia berkomunikaasi dan berinteraksi bersama kawan-kawan yang lain.

Friday, 5 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 3..

Assalamualaikum dan salam sejahtera Sahabat...


Alhamdulillah..berjumpa lagi kita dalam minggu ketiga untuk subjek GE1155 ( komputer dalam pendidikan). Pada kali ini, tajuk yang perlu kami pelajari ialah berkaitan dengan dropbox. Jom layan apa yang saya tahu tentang Dropbox. ^_^


Apa itu Dropbox??




DropBox adalah Media penyimpan (storage) menawarkan ruang penyimpanan sebesar 2 GB secara gratis. Tidak seperti file hosting lain, kelebihan DropBox adalah ia dapat tersinkronisasi secara langsung pada komputer yang kita gunakan (PC atau Mac), sehingga kita dapat mengakses file yang kita simpan dimanapun kita berada sekalipun dalam kondisi offline.

Kelebihan DropBox

Ada beberapa kelebihan yang ada pada DropBox yang sangat bermanfaat bagi kita. antaranya adalah :-


  • Ruang penyimpanan 2 GB
  • Bila kita mendaftar secara normal di DropBox, kita akan mendapatkan ruang penyimpanan sebesar 2 GB secara umum selamanya.
  • Tidak seperti file hosting lain yang membatasi jenis atau format file, DropBox memberikan kebebasan bagi penggunanya untuk mengupload semua jenis file, baik itu dokumen, gambar, zip, bahkan sebuah program (exe). 
  • DropBox pun tidak membatasi ukuran file yang diupload. Selagi ukuran tersebut masih di bawah batas ruang penyimpanan, hal tersebut tidaklah terlarang.
  • Kita dapat membackup file atau folder yang kita inginkan di perangkat tersebut dengan cara memindahkannya/menandainya ke folder DropBox yang ada di komputer, kita tidak perlu mengunjungi website DropBox untuk mengupload file. Hanya dengan memindahkan file tersebut ke folder sharing, otomatis file tersebut akan terupload ke DropBox.
  • Berbagi file di mana saja. Kita dapat berbagi file apapun kepada sesama pengguna DropBox.
  • Media backup yang aman. Kenapa saya katakan aman? ini karena kita tidak perlu takut kehilangan file yang disimpan di server DropBox. 


Seterusnya, kami dikehendaki mengolah tentang LMS / CMS. Dr Siti Fatimah menceritakan serba sedikit tentang LMS & CMS



Apa itu 'Learning Management System ( LMS ) dan Course Management System ( CMS )' ??



LMS





Sistem Pengurusan Pembelajaran(Learning Management System) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran disekolah.Bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan bahan pembelajaran dan berkomunikasi dengan pensyarah.

Apa yang saya tahu tentang LMS ialah ia merupakan sebuah sistem untuk pentadbiran, pendokumentasian, pemantauan dan laporan untuk sesebuah program latihan, kelas pembelajaran dan program e-learning.

Ciri-ciri yang perlu ada pada LMS :

  • Pengawalan pentadbiran organisasi pendidikan tersebut.
  • Keupayaan pengguna terhadap sistem bagi memberi manfaat dari segi pendidikan atau informasi.
  • Memberi input dan informasi kepada pengguna secara lancar.


Tujuan LMS

  1. Mendekatkan pelajar dengan persekitaran e-pembelajaran
  2. Mengurus dan mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajar
  3. Infrastruktur kepada perlaksanaan program E-Pembelajaran.
  4. Mengurangkan masa
  5. Batasan(platform) terbaik bagi menguruskan interaksi antara pelajar

Kelebihan LMS

  • Berinteraksi antara pelajar melalui forum dalam talian, menghebahkan pengumuman, menjalankan  ujian atau kuiz secara dalam talian            
  • Berupaya mengesan dan memantau penglibatan pelajar dalam menggunakan LearningCare.
  • LearningCare dan proses pengajaran perlu diintergarsikan dengan sebaiknya untuk menghasilkan proses pengajaran  dan pembelajaran yang berkesan                                                                                                                                                                                              






CMS




Satu sistem pengurusan kandungan menyokong corak kerja seperti penghasilan, pengurusan, penyebaran, penerbitan dan penjelajahan maklumat-maklumat  dalam sistem tersebut. Ianya berupaya untuk mengendali dan menguruskan struktur keseluruhan laman web sama ada bentuk paparan laman web itu sendiri sehinggalah kepada bentuk navigasi bagi memandu pengguna melayarinya. Pada hari ini, kebanyakkan CMS lebih berfokus kepada penghasilan laman web bagi tujuan mengendalikan kandungan web. Dalam sesetengah pendapat, mereka lebih gemar menggunakan terma "web management content, WMC".


Apakah kelebihan menggunakan CMS

Tiada fokus yang tepat tetapi CMS itu sendiri menyajikan kelebihan dan keuntungan yang lebih besar daripada yang dijangka. Ini termasuklah :-

  • mengukuhkan proses penulisan kandungan
  • kitaran yang pantas dalam proses kemas kini untuk halaman sedia ada dan halaman baru
  • lebih konsisten
  • meningkatkan tahap fleksibel
  • menyokong banyak penulis/pengurusan
  • meningkatkan tahap keselamatan laman
  • mengurangkan duplikasi maklumat dan informasi
  • kapasiti yang lebih untuk bertumbuh
  • mengurangkan kos penyelenggaraan satu-satu laman web.


Kesimpulan mengenai CMS

Sistem pengurusan kandungan (CMS) adalah satu perkara relatif dan sudah sebati dalam dunia pembangunan laman web sekarang. Walaupun saya rasa ianya masih belum diterima pakai oleh semua pengguna, tetapi perubahan secara dramatik dari segi kesenangan menguruskan satu-satu laman web telah berjaya ditonjolkan dengan sempurna. Itu sajalah yang dapat saya kongsikan bersama. Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi ilmu bersama-sama. ^_^

Wednesday, 3 October 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 1 & 2

Assalamualaikum Sahabat..



Selamat datang ke blog saya iaitu blog untuk subjek GE1155 (Komputer dalam Pendidikan) yang diajar oleh Pn Fariza bt Khalid. Pertama sekali, saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-NYA, saya dapat mencipta blog untuk subjek GE1155 (Komputer dalam Pendidikan). Alhamdulillah.
Di kesempatan ini saya mengalu-alukan kehadiran para pelajar, sahabat, dan semua yang mengenali diri saya untuk berkongsi dan memberi ilham untuk memajukan blog subjek ini. Pada perjumpaan pertama ini, besar harapan saya agar anda semua dapat menanamkan azam yang kukuh untuk sama-sama menjayakan proses pembelajaran yang akan kita lalui bersama-sama untuk minggu-minggu yang akan datang. Sesungguhnya, niat yang ikhlas, usaha, sabar, dan tawakkal, yang tidak pernah putus akan membuahkan hasil yang lumayan, InsyaAllah ..


Minggu 1 & 2

Pada minggu pertama dalam kursus Komputer Dalam Pendidikan, kami semua mula berkenalan dengan Dr.Siti Fatimah Mohd Yasin. Beliau merupakan penyelaras bagi subjek Komputer Pendidikan (GE1155). Beliau memberi sedikit taklimat mengenai pengenalan Komputer Dalam Pendidikan kepada kami. Selepas sesi pengenalan, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kelas ini berlangsung selama tiga hari seminggu mengikut kumpulan masing-masing. Saya merupakan ahli kumpulan 3 iaitu jatuh kepada hari khamis pada jam 11 pg sehingga 2 ptg. Selain itu, kelas ini berjalan selama tiga jam bagi setiap satu sesi kelas berkumpulan. Dalam kelas berkumpulan, penyelaras yang bertanggungjawab mengajar kami ialah Pn Fariza Khalid. Pn Fariza telah meminta kami semua membuat email rasmi terlebih dahulu. Sebilangan pelajar telah mempunyai email tetapi masih perlu diperbaiki kerana ID yang digunakan tidak sesuai. Pengunaan email rasmi tersebut adalah bertujuan untuk digunakan dalam waktu pembelajaran semasa berada di universiti ini. Saya telah membuat dua email rasmi dengan menggunakan yahoo mail dan google mail.

Ini adalah akaun yahoo dan juga google saya..^_^

  • email yahoo - hafizudin_sulaiman@yahoo.com
  • email google - hafizudin3389@gmail.com


Selepas itu, Puan Fariza menyarankan kami semua membuat signature dalam email masing-masing. Perkara wajib yang ada dalam signaturec tersebut adalah :-

  1. Nama Penuh
  2. Program & Fakulti
  3. No telefon
  4. Alamat yahoo mail
  5. Alamat google mail
  6. Akaun Facebook 
  7. Alamat blog
  8. Alamat yahoogroup
  9. Alamat Facebookgroup

Setelah selesai dengan perisian signature, kami perlu menghantarnya pada email Puan Fariza. Ia bertujuan untuk memudahkan pensyarah menghubungi para pelajar dan mudah untuk membuat pengumuman rasmi.
Di samping itu, kami diwajibkan mnyertai yahoogroup GE1155. Dalam group tersebut, terdapat perfoma dan tugasan-tugasan yang diberi oleh pensyarah. Selain itu, group itu juga bertujuan membolehkan para pelajar berkongsi masalah dan berkongsi ilmu antara satu sama lain.

saya telah mencipta 1 group untuk kegunaan yahoogroups ini..hehe..


Pada minngu kedua, kami diminta untuk membuat akaun facebook. Dalam akaun facebook tersebut, kami disarankan untuk membuat group dengan mengunakan no matrik pelajar sebagai nama group tersebut.

saya berjaya juga membuat akaun facebook seperti yang diminta oleh Pn fariza..alhamdulillah..:-))
  • akaun facebook - mohamad hafizudin sulaiman
  • group facebook - A139202 ( hafizudin sulaiman )


Setelah kami selesai membuat facebook group dengan jayanya, kami ditugaskan untuk membuat blog rasmi pula. Kami bebas mengguna mana-mana email rasmi untuk mencipta blog. Dengan menggunakan email yahoo, saya telah mencipta 1 blog dan di dalam blog tersebut saya akan menceritakan tentang apa yang kami belajar dan apa yang kami buat semasa berada di dalam kelas untuk subjek GE1155.



Kami akan menaip dari minggu pertama sampai minggu terakhir proses pembelajaran. Pensyarah kami akan menilai dan memberi markah menerusi apa yang diceritakan oleh pelajar di dalam blog masing-masing. Itu sajalah yang dapat saya cerita dan kongsi bersama tentang apa yang berlaku pada minggu pertama dan kedua...see u again..peace!!!