Thursday 22 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 10

Assalamualaikum..:-)


Sudah sepuluh minggu kita bersama dalam proses pembelajaran GE1155 (Komputer dalam Pendidikan). sudah banyak pengetahuan yang telah kita kongsikan bersama. Puan Fariza telah mendedahkan dan menerangkan pelbagai ilmu berkaitan komputer. Alhamdulillah..

Pada minggu ke-10 iaitu 22 November, kami telah diterangkan oleh Puan fariza tentang Multimedia. Mesti anda sudah tahu serba sedikit tentang multimedia bukan. Penulisan blog saya pada kali ini ialah tentang Apa itu Multimedia??..Jom Baca..hehe ^^



Apa itu Multimedia??


Multimedia diambil dari kata multi dan media. Multi bererti banyak dan Media bermaksud media atau perantara. Multimedia adalah gabungan dari beberapa unsur iaitu teks, grafik, suara, video dan animasi yang menghasilkan persembahan yang menakjubkan. Multimedia juga mempunyai komunikasi interaktif yang tinggi. Bagi pengguna komputer multimedia dapat diertikan sebagai maklumat komputer yang boleh diberikan melalui audio atau video, teks, grafik dan animasi.

Multi - Banyak
Media - media atau perantara

Disini dapat digambarkan bahawa multimedia adalah suatu kombinasi data atau media untuk menyampaikan suatu maklumat sehingga maklumat itu tersaji dengan lebih menarik.
"Multimedia adalah kombinasi dari komputer dan video (Rösch, 1996) atau Multimedia secara umum merupakan gabungan tiga elemen, iaitu suara, gambar dan teks (McCormick 1996) atau Multimedia adalah kombinasi dari paling sedikit dua media input atau output dari data, media boleh audio (suara, muzik), animasi, video, teks, grafik dan gambar (Turban dkk, 2002) atau Multimedia merupakan alat yang boleh mencipta persembahan yang dinamik dan interaktif yang menggabungkan teks, grafik, animasi, audio dan gambar video (Robin dan Linda, 2001). Multimedia adalah pemanfaatan komputer untuk membuat dan menggabungkan teks, grafik, audio, gambar bergerak (video dan animasi) dengan menggabungkan link yang membolehkan pengguna melakukan navigasi, berinteraksi, berkreasi dan berkomunikasi. Dalam definisi ini terkandung empat komponen penting multimedia. Pertama, mesti ada komputer yang menyelaraskan apa yang dilihat dan didengar. Kedua, harus ada link yang menghubungkan pengguna dengan maklumat. Ketiga, harus ada alat navigasi yang membantu pengguna menjelajah rangkaian maklumat yang saling berhubung. Keempat, multimedia menyediakan tempat kepada pengguna untuk mengumpul, memproses, dan menyampaikan maklumat dengan idea. Jika salah satu komponen tidak ada, bukan multimedia dalam erti luas namanya. Misalnya, jika tidak ada komputer untuk berinteraksi, maka itu namanya media campuran, bukan multimedia. Kalau tidak ada alat navigasi yang membolehkan untuk memilih jalannya suatu tindakan maka itu namanya filem, bukan multimedia. Demikian juga kita tidak mempunyai ruang untuk berkreativiti dan menyumbangkan idea sendiri, maka nama televisyen, bukan multimedia. Dari beberapa definisi di atas, maka multimedia ada yang online (Internet) dan multimedia ada yang offline (tradisional). "



Elemen Multimedia

komponen multimedia terbagi atas lima jenis iaitu :-

  • Teks - Teks merupakan elemen multimedia yang menjadi dasar untuk menyampaikan informasi, karena teks adalah jenis data yang paling sederhana dan memerlukan tempat penyimpanan yang paling kecil. Teks merupakan cara yang paling efektif dalam mengemukakan ide-ide kepada pengguna, sehingga penyampaian informasi akan lebih mudah difahami oleh masyarakat.

  • Grafik (image) - Sangat bermanfaat untuk mengilustrasi informasi yang akan disampaikan terutama informasi yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Jenis-jenis grafik seperti bitmap iaitu gambar yang disimpan dalam bentuk kumpulan pixel, yang berkaitan dengan titik-titik pada layar monitor. Digitized picture - gambar hasil rekaman video atau kamera yang dipindahkan ke komputer dan diubah ke dalam bentuk bitmaps. Hyperpictures - sama seperti hypertext hanya saja dalam bentuk gambar.

  • Audio (suara) - Multimedia tidak akan lengkap jika tanpa audio (suara). Audio merupakan dalam bentuk percakapan, muzik atau efek suara. Format audio terdiri dari beberapa jenis :-
    • WAVE - Merupakan format fail digital audio yang disimpan dalam bentuk digital dengan eksistensi WAV.MIDI - (Musical Instrument Digital Interface). 
    • MIDI - memberikan cara yang lebih efisien dalam merakam muzic jika dibandingkan dengan wave, kapasiti data yang dihasilkan juga jauh lebih kecil. MIDI disimpan dalam bentuk MID.

  • VideoVideo menyediakan sumber yang kaya dan hidup untuk aplikasi multimedia. Dengan video dapat menerangkan hal-hal yang sukar digambarkan melalui kata-kata atau gambar diam dan dapat menggambarkan emosi dan psikologi manusia secara lebih jelas.

  • Animasi Animasi adalah simulasi gerakan yang dihasilkan dengan menayangkan rentetan frame ke layer. Frame adalah satu gambar tunggal pada rentetan gambar yang membentuk animasi. Menurut Foley, Van Dam, Feiner dan Hughes (1997, p1057) Animate adalah untuk membuat sesuatu hidup, sebahagian orang mengira bahawa animasi itu sama dengan motion (gerakan), tetapi animasi merangkumi semua yang mengandungi kesan visual sehingga animasi merangkumi perubahan kedudukan terhadap masa, bentuk, warna, struktur, tekstur dari sebuah objek, kedudukan kamera, pencahayaan, orientasi dan fokus dan perubahan dalam teknik rendering.



Format File untuk Grafik

Disini terdapat beberapa contoh jenis format file untuk Grafik iaitu :-

BMP (.*BMP)

  • Menghasilkan kualiti gambar yang paling baik kerana resolutionnya besar tetapi memerlukan ruang yang banyak kerana saiz file besar.


JPEG (*.JPG,*.JPE)

  • Kualiti gambarnya adalah kurang kerana resolutionnya adalah kecil tetapi ianya hanya memerlukan ruang yang kecil.
  • Menyebabkan gambar menjadi 'loosy' atau gambar menjadi kabur dan berpecah-pecah apabila dibesarkan.Pengguna boleh menggunakan Image Converter untuk menukarkan format file JPEG kepada BMP dan sebagainya.


PNG (*.PNG)

  • PNG adalah format gambar yang sangat baik untuk grafik internet, kerana menyokong ketelusan dalam pelayar (browser) dan mempunyai keindahan tersendiri yang tidak boleh diberikan GIF atau bahkan JPG.



Setelah selesai dengan pembelajaran tentang multimedia, kami didedahkan pula dengan penggunaan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam Microsoft Paint, GIMP, dan Microsoft PowerPoint. Kami diajar dan di terangkan oleh Puan Fariza tentang bagaiman cara untuk menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut. Proses pembelajaran kami pada minggu ini lebih terarah kepada pembelajaran secara praktikal. Kami perlu faham terlebih dahulu seperti contoh melihat video rujukan sebelum membuat dan memulakan aktiviti kami.



GIMP

Definisi
GIMP (The GNU Image Manipulation Program) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto.

Perisian Gimp ini lebih ringan kalau dibandingkan dengan adobe photoshop (PS) yang memerlukan ram yang tinggi dan graphic card bagi menyokong fungsi 3D. Walaupun Gimp ini tidak mampu untuk menyaingi kemampuan yang dimiliki  PS dengan plugin yang banyak disediakan dan fungsi-fungsi yang tidak dimiliki oleh Gimp. Namun ianya bolehlah sebagai pengganti bagi anda yang mahukan perisian yang seumpama PS.

Kegunaan biasa merangkumi untuk mewujudkan grafik dan logo, gambar resizing dan mengeluarkan hasil, mengubah warna, megabungkan lukisan-lukisan pelbagai, melepaskan imej tidak dikehendaki ciri-ciri, dan penukaran antara imej lain format. Gimp boleh juga diguna pakai membentuk asas format lukisan-lukisan hidup dalam Format GIF. Terdapat banyak aplikasi sebenarnya yang kita boleh teroka dalam GIMP dan sebagainya.

contoh video penerangan tentang cara penggunaan GIMP :-

GIMP Basics -Introduction + Beginner tutorial exercise (How to use GIMP)



Kelebihan GIMP :-


  • Boleh digunakan di PC yang SO-nya Windows, Linux, dan Mac OS.
  • Percuma.
  • Aplikasinya ringan dan boleh digunakan di komputer yang menggunakan spesifikasi rendah / minimum sekalipun.
  • Pemilihan gambar / photo lebih mudah.
  • Mengimport / mengeksport gambar / foto ke sambungan SVG.
  • Boleh membuat gambar animasi.
  • Mampu gambar atau foto memaparkan dari berbagai macam format fail.
  • Mengedit layer teks lebih mudah.
  • Menyokong pelbagai format fail.
  • Boleh ditambahakan pulg-in layaknya Adobe Photoshop tetapi plug-in-nya percuma.
  • Jika anda kurang sesuai dengan paparan awalnya, maka anda boleh menggantikannya.
  • Bersifat Open Source.



Kekurangan GIMP :-

  • Hanya menyokong 8 bits per-channel.
  • Masih sedikit plug-in yang tersedia.




GIMP


Disini saya sertakan link untuk mendownload software GIMP - 2.6.11-i686-setup-1.






SEKIAN, IKHLAS DARI SAYA..SELAMAT MENCUBA..^_^



No comments:

Post a Comment