Wednesday 7 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 9

Assalamualaikum Sahabat..^_^



Pejam celik pejam celik, dah sampai kita pada minggu ke-9 iaitu minggu terakhir sebelum cuti semestar. Pada minggu ini,kita telah diterangkan oleh Puan Fariza tentang kaedah menganalisis hasil dapatan kajian dengan menggunakan kaedah kualitatif. Pada minggu ke-8, kita didedahkan dengan kaedah kuantitatif.

Data kuantitatif - data dalam bentuk angka ataupun peratusan. 
Data kualitatif - data dalam bentuk penulisan ataupun ayat.


  • Data kualitatif memerlukan proses 'coding' iaitu penyelidik perlu mencari kata kunci dan menggabungkan kata-kata kunci yang sama maksud dalam satu tajuk yang lebih besar.




  • Contoh Data Kualitatif ialah Data temubual,Data Observasi (pemerhatian), Data Bertulis, dan Cetakan Daripada Perbincangan Atas Talian.



Prinsip Menganalisis Data kualitatif


  • Melibatkan data reduction (ruding)
  • Analisis data reduction (ruding)
  • Melibatkan interpretasi penyelidikan
  • Berbentuk string atau ayat seperti temubual
  • Penulisan Laporan berbentuk naratif


Proses Menganalisis Data Kualitatif


  • step 1 - Baca data secara menyeluruh

  • step 2 - Masukkan kata kunci dalam kotak bersebelahan

  • step 3 - Setelah selesai, kategorikan kata kunci tersebut ke dalam tema yang lebih besar

  • step 4 - Analisis semua untuk melihat kemungkinan ada kata kunci yang   tertinggal

  • step 5 - Setelah selesai, persembahkan hasil dalam bentuk rajah pokok


Setelah selesai melakukan semua tugasan yang diberikan, kami semua diminta oleh Puan Fariza untuk memasukkan semua perkara yang dibuat pada hari ini ke dalam dropbox dan yahoogroup.

Sebelum saya menamatkan ulasan blog saya pada minggu ini, saya ingin berkongsi kegembiraan bersama kita semua. Tahniah kepada pasukan Bola Sepak UKM FC kerana telah memenangi Grandfinal Piala Kementerian Pelajaran Tinggi 2012 buat julung-julung kali nya..Alhamdulillah..syukur ke hadrat ilahi..^_^.. 

menewaskan Kolej Komuniti Kedah..UKM (2) - KKK (1)...


Akhir kata dari saya,selamat bercuti dan selamat kembali ke UKM ..Insyaallah..:-)


kesebelasan utama UKM FC..No Pain No Gain..^_^


ALHAMDULILLAH...!!!






1 comment: