Friday, 2 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 8

Assalamualaikaum & selamat sejahtera sahabat...


Alhamdulillah..Kita sudah masuk minggu kelapan dalam sesi pembelajaran bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan (GE1155). Sudah separuh perjalanan kita sesi pembelajaran  bagi subjek ini.hehe... 






Pada minggu lepas, kita didedahkan tentang Survey Monkey oleh Puan fariza dan assignment Survey Monkey yang diberikan oleh Puan Fariza telah pun siap. Alhamdulillah ^_^..  Sesi pembelajaran pada minggu ini pula, merupakan kesinambungan daripada proses Survey Monkey. Pada kali ini, Puan Fariza menerangkan tentang SPSS ( Statistical Product and Service) iaitu salah satu pakej statistik yang paling popular yang boleh melakukan manipulasi data dan analisis. Analisa sesuatu kaji selidik tanpa menganalisa secara manual dapat dipermudahkan dengan menggunakan SPSS. Kami menggunakan application SPSS untuk menyiapkan assignment pada minggu ini, selepas kami menyiapkan tugasan questionnaire dengan menggunakan SurveyMonkey pada minggu lepas . 





Terdapat 4 komponen aplikasi Windows semasa menggunakan aplikasi SPSS ini:-

               1) Data editor(excel) - membaca apa yang telah dimasukkan
               2) Output view - Buat graph pilihan
               3) Syntax editor - Mengesan kesalahan
               4) Script window

Terdapat dua cara untuk membuka SPSS. Cara pertama adalah agak mudah jika icon SPSS sudah pada desktop anda semua yang anda perlu lakukan adalah klik dua kali ikon:



Double-mengklik ikon SPSS harus membuka program, seperti yang ditunjukkan di bawah:


Selain itu, anda boleh membuka SPSS melalui butang permulaan pada komputer anda (jika anda menjalankan Windows). Jika ikon SPSS tidak pada desktop anda, anda mesti pergi melalui butang 'Start' komputer anda. Klik "Mula" → "Semua program" → "SPSS Inc" Dari sudut ini jika anda mempunyai lebih dari satu versi SPSS pada komputer anda, anda perlu untuk memilih versi yang anda akan membuka. Saya akan menggunakan versi 16,0. Dari sini klik SPSS 16,0, dan akhirnya klik SPSS 16,0 ikon. Semua langkah-langkah yang ditunjukkan di bawah dalam ditembak skrin:

Jika anda mengikuti langkah-langkah di atas apabila anda klik 16,0 SPSS program harus membuka pada komputer anda.


  • SSPS menyediakan 2 lembaran window iaitu 'data view' dan 'variable view'

Data View


Fungsi 
  • Data view adalah satu jadual yang disediakan untuk kita memasukkan data   kedalamnya





Variable View

Fungsi
  • Variable view adalah satu lembaran untuk kita membina satu kerangka data berdasarkan soalan kaji selidik kita. Ia mempunyai 6 ruang di mana tempat untuk kita mengisi semua maklumat iaitu :- 

  1. Name
  2. Type
  3. Width
  4. Decimal
  5. Label
  6. Value



Setelah selesai mengisi  data ke dalam data view, paparan keseluruhan tentang data dapat dilihat. Segala maklumat dapat dilihat dengan lebih jelas dan menarik. Kita boleh melihat data ini dalam pelbagai bentuk. Dengan menggunakan menu analyze yang terdapat pada toolbar,anda boleh memilih untuk mempersembahkan data anda itu dalam pelbagai bentuk seperti graf, histogram, carta pai dan sebagainya.


contoh carta pai,graf,histogram..^^






Setelah selesai, kami diminta untuk membuat laporan tentang hasil analisa tersebut berdasarkan soalan di dalam SurveyMonkey. Di samping itu, Pn Fariza juga telah menyediakan beberapa soalan di i Folio (discussion) dan kami ditugaskan untuk menjawab soalan-soalan tersebut dan menyediakan laporan berdasarkan kata kunci daripada jawapan-jawapan yang dikemukakan oleh diri sendiri dan rakan-rakan yang lain .

Jumpe lagi....Insya-Allah..:-)




No comments:

Post a Comment