Kita sudah masuk minggu ke-13 dalam sesi pembelajaran bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan (GE1155). Bermakna, tinggal lagi 1 minggu untuk kita meneruskan sesi pembelajaran bersama. Sedih pula rasanya. hehe..
Pada minggu ini, Puan Fariza menyediakan 1 tugasan pada kami untuk membuat satu slide show dengan menggunakan Microsoft PowerPoint dan menyediakan sekurang-kurangnya empat soalan objektif berdasarkan tajuk yang telah diberikan dulu. Tajuk kumpulan kami ialah Online Forum. Kami hanya perlu menambahbaikan sahaja slide show tersebut dengan memasukkan minimum empat soalan yang berkaitan dengan tajuk kumpulan kami.
Di samping itu, Puan Fariza juga meminta kami menggunakan ciri-ciri persembahan yang menarik minat penonton. Contohnya seperti menggunakan audio, unsur-unsur grafik, gambar dan menggunakan teknik yang berkesan supaya ia dapat menjadikan persembahan atau slideshow tersebut menjadi lebih menarik dan kreatif.
Kami menggunakan kaedah hyperlink untuk memudahkan para pengguna. Kami meletakkan link kepada sesuatu perkataan atau objek untuk membolehkan pengguna terus ke page yang pengguna inginkan. Hal ini kerana pengguna tidak perlu mencari page yang pengguna inginkan semasa ingin menjawab soalan yang kami telah sediakan, sekali gus ia dapat menjimatkan masa.
Sebagai contoh, semasa pengguna menjawab soalan yang diberi, pengguna perlu klik pada pilihan jawapan yang telah disediakan. Jika pengguna klik pada pilihan jawapan yang salah maka jawapan tersebut akan membawa kepada satu page yang menyatakan 'MAAF, SILA CUBA LAGI' dan jika pengguna klik pada pilihan jawapan yang tepat, maka jawapan tersebut terus bawa kepada satu page yang menyatakan ' CONGRATULATIONS'. Apabila pilihan jawapan pengguna betul, pengguna dapat meneruskan soalan yang seterusnya, tetapi jika pilihan jawapan pengguna salah, pengguna boleh kembali pada soalan asal dan pengguna boleh memilih pilihan jawapan yang lain sehingga memilih jawapan yang betol.
Langkah untuk meletakkan link
- Highlight pada perkataan atau objek yang kita ingin link kepada muka surat lain
- Klik 'insert'
- Klik 'hyperlink'
- Klik 'place in this document'
- Klik pada muka surat yang kita ingin link
- Klik 'ok'
Setelah selesai melakukan semua tugasan yang diberikan, kami semua diminta oleh Puan Fariza untuk memasukkan semua perkara yang dibuat pada hari ini ke dalam dropbox dan yahoogroup. Itu sajalah yang dapat saya kongsikan bersama. InsyaAllah, jika ada masa dan waktu yang terluang, kita akan berjumpa lagi..InsyaAllah..Assalamualaikum..
"Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran" – Imam Al Ghazali (dzikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin).
No comments:
Post a Comment