Friday, 21 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 14

Assalamualaikum & salam sejahtera..^^


Pejam celik pejam celik, dah sampai penghujung semester kita bersama. Minggu ini adalah minggu terakhir iaitu minggu ke-14 (20/12/2012), bagi subjek GE1155( Komputer Dalam Pendidikan) bagi semester yang pertama. Alhamdulillah..Sebelum itu, saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Fariza Bt Khalid yang telah banyak membantu, membimbing, dan mencurahkan segala ilmu kepada kami sepanjang tempoh pembelajaran bagi subjek GE1155 ini berlangsung. Banyak input dan ilmu baru yang saya perolehi hasil daripada mengikuti kelas ini. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Siti Fatimah di atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan kepada kami selama ini.

Pada minggu ini, proses pembelajaran diteruskan walaupun tanpa Puan Fariza kerana masalah kesihatan. Proses pembelajaran kami telah diberi tunjuk ajar oleh Cik Mazalah iaitu tentang cara pengunaan Microsoft Excel dalam melakukan kerja seperti membina jadual, tujuan pembinaan penyata akaun atau markah peperiksaan dengan cara yang mudah dan ringkas.Di samping itu, pada minggu ini juga kami diberi tugasan untuk menyiapkan satu data berkaitan dengan Markah Murid dan juga Penyata Akaun Kewangan Diri di dalam Spreadsheet Excel.







Cara menyediakan Data Markah Pelajar
  • Untuk menyediakan data markah pelajar, kami perlu membuat senarai nama pelajar dan subjek yang diambil oleh pelajar terlebih dahulu. Kami melakukan data kepada 10 orang pelajar.

Contoh Kotak  Dalam Microsoft Excel



  • Kemudian, masukkan markah setiap pelajar ke dalam kotak lajur yang telah disediakan mengikut subjek yang diambil. Subjek yang dimasukkan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Fizik. 

Jadual Data Pelajar


  • Selepas itu, kami menyediakan satu kotak @ table gred markah bagi untuk menentukan gred bagi setiap markah pelajar.

Jadual Gred Markah



  • Setelah selesai membuat kotak @ table gred markah, Kami juga perlu mencari :-
    • Markah Tertinggi
    • Markah Terendah
    • Markah Purata
    • Sisihan Piawai
    • Titik Tengah
    • Mod

hasil daripada jadual data pelajar


  • Selepas itu, sediakan satu sheet baru untuk membuat graf berdasarkan jadual data pelajar. Contoh graf jadual saya.

Graf Analisis Markah Peperiksaan





Ini adalah contoh Jadual Data Markah Pelajar yang dipersembahkan oleh saya. Alhamdulillah..^^





Tugasan ini memerlukan kami untuk mengaplikasikan formula pengiraan yang terdapat di dalam Microsoft Excel. Antaranya ialah :-
  • Sum    - Jumlah
  • Max    - Markah Tertinggi
  • Min     - Markah Terendah
  • Average - Purata
  • STDev   - Sisihan Piawai
  • Median  - Titik Tengah
  • Mode     - Mod
  • Countif   - Untuk menentukan bilangan pelajar mengikut gred
  • VLookup   - Untuk menentukan gred

Tugasan pada minggu ini amat memerlukan kesabaran dan keyakinan yang tinggi. Selain itu, kami perlu biasakan diri dengan penggunaan Microsoft Excel ini dimana kami akan menggunakannya kelak sebagai seorang Guru. InsyaALLAh.. Ilmu yang saya perolehi dan pelajari di dalam subjek GE1155 (komputer dalam pendidikan) selama 14 minggu ini amat berharga buat diri saya. Alhamdulillah..

Jumpe Lagi.. InsyaALLAh.. ^_^



Sunday, 16 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 13

Assalamualaikum sahabat..^_^

Kita sudah masuk minggu ke-13 dalam sesi pembelajaran bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan (GE1155). Bermakna, tinggal lagi 1 minggu untuk kita meneruskan sesi pembelajaran bersama. Sedih pula rasanya. hehe..

Pada minggu ini, Puan Fariza menyediakan 1 tugasan pada kami untuk membuat satu slide show dengan menggunakan Microsoft PowerPoint dan menyediakan sekurang-kurangnya empat soalan objektif berdasarkan tajuk yang telah diberikan dulu. Tajuk kumpulan kami ialah Online Forum. Kami hanya perlu menambahbaikan sahaja slide show tersebut dengan memasukkan minimum empat soalan yang berkaitan dengan tajuk kumpulan kami.



Di samping itu, Puan Fariza juga meminta kami menggunakan ciri-ciri persembahan yang menarik minat penonton. Contohnya seperti menggunakan audio, unsur-unsur grafik, gambar dan menggunakan teknik yang berkesan supaya ia dapat menjadikan persembahan atau slideshow tersebut menjadi lebih menarik dan kreatif.

Kami menggunakan kaedah hyperlink untuk memudahkan para pengguna. Kami meletakkan link kepada sesuatu perkataan atau objek untuk membolehkan pengguna terus ke page yang pengguna inginkan. Hal ini kerana pengguna tidak perlu mencari page yang pengguna inginkan semasa ingin menjawab soalan yang kami telah sediakan, sekali gus ia dapat menjimatkan masa.



Sebagai contoh, semasa pengguna menjawab soalan yang diberi, pengguna perlu klik pada pilihan jawapan yang telah disediakan. Jika pengguna klik pada pilihan jawapan yang salah maka jawapan tersebut akan membawa kepada satu page yang menyatakan 'MAAF, SILA CUBA LAGI' dan jika pengguna klik pada pilihan jawapan yang tepat, maka jawapan tersebut terus bawa kepada satu page yang menyatakan ' CONGRATULATIONS'. Apabila pilihan jawapan pengguna betul, pengguna dapat meneruskan soalan yang seterusnya, tetapi jika pilihan jawapan pengguna salah, pengguna boleh kembali pada soalan asal dan pengguna boleh memilih pilihan jawapan yang lain sehingga memilih jawapan yang betol.





Langkah untuk meletakkan link


  • Highlight pada perkataan atau objek yang kita ingin link kepada muka surat lain
  • Klik 'insert'
  • Klik 'hyperlink'
  • Klik 'place in this document'
  • Klik pada muka surat yang kita ingin link
  • Klik 'ok'



Setelah selesai melakukan semua tugasan yang diberikan, kami semua diminta oleh Puan Fariza untuk memasukkan semua perkara yang dibuat pada hari ini ke dalam dropbox dan yahoogroup. Itu sajalah yang dapat saya kongsikan bersama. InsyaAllah, jika ada masa dan waktu yang terluang, kita akan berjumpa lagi..InsyaAllah..Assalamualaikum..



"Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran" – Imam Al Ghazali (dzikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin).





Saturday, 8 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 12

Assalamualaikum Kawan..:-)


Sudah masuk minggu ke 12 proses pembelajaran kita..Alhamdulillah..Lagi 2 minggu untuk kita bersama dalam proses pembelajaran GE1155 (Komputer Dalam Pendidikan)..

Kelas pada minggu ini iaitu hari Khamis - 6hb 12 2012 , proses pembelajaran bagi subjek GE1155 dibatalkan kerana Puan Fariza mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, Puan Fariza telah menyediakan tugasan kepada kami supaya kami terus mendapat ilmu pengetahuan berkaitan komputer. Tugasan kami pada minggu ini adalah tentang bagaimana cara untuk menghasilkan bahan paparan atau persembahan secara berkesan. Contoh nya dengan menggunakan CASPER dan GUI - untuk menghasilkan persembahan elektronik powerpoint yang baik dan menarik.. Jom Layan...^^












Apa itu CASPER??

CASPER ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusunan media seperti teks, grafik, animasi dan video. Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. CASPER bermaksud contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition.





C – Contrast (Perbezaan yg ketara)

Perbezaan antara dua objek, pembangun perisian perlulah memilih warna yg kontra - boleh dibuat dengan pelbagai cara. Antaranya ialah :
  • Font besar dan font kecil
  • Font berlainan muka taip
  • Garis halus dan garis kasar
  • Warna sejuk dan warna hangat
  • Tekstur licin dan tekstur kasar
  • Unsur mendatar dan unsur menegak
  • garis berjauhan dan garis berdekatan antara satu sama lain
  • Grafik kecik dan grafik besar

Kelebihan


  • Membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan.
  • Membezakan dua item yang berlainan.
  • Menambahkan tarikan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk.




A – Alignment (Susunan lurus)

Setiap item yg hendak diletakkan dlm muka perisian perlulah seimbang dgn muka perisian spy kelihatan menarik.
  • Menyusun item supaya ia kelihatan seimbang
  • Mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain



S – Simplicity (Mudah)

Grafik dan animasi perlulah ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yg disampaikan. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.
  • Ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.



P – Proximity (Berhampiran)


  • Item yg digunakan dlm muka perisian perlulah dikumpulkan pd satu kawasan, supaya nampak keseimbangan yg wujud antara item.
  • Mengumpulkan maklumat pada satu tempat bagi memudahkan pengguna memahami kesinambungan yang wujud.



E – Emphasis (Penakanan)

Pembangun perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekanan terhadap perkara yang penting.Pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna.
  • Menggunakan pembangun perisian yang disediakan memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting.
  • Tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan.



R – Repetition (Pengulangan)

Terdapat satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dpt mentafsir dan memahami dgn mudah arahan yg diberikan oleh perisian. Pengulangan akan membantu pemahaman pengguna dengan lebih berkesan. Antara cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna dan penonton adalah dengan :-
  • Saiz teks dan objek
  • Bentuk teks dan objek
  • Susun atur teks dan objek
  • Warna teks, warna objek dan warna latar
  • Grafik dan animasi




Apa Itu GUI ??


GUI (GRAPHICAL USER INTERFACE) merupakan salah satu model interaksi antara manusia dan komputer. GUI juga merupakan paparan grafik yang mengandungi alat-alat atau komponen-komponen yang membolehkan pengguna untuk melakukan pekerjaan interaktif. GUI di kembangkan dengan tujuan supaya pengguna boleh berinteraksi dengan peranti keras komputer serta memudahkan dalam mengoperasikan sebuah system operasi (user friendly). Contoh sistem operasi GUI ialah Microsoft Windows.



Kelebihan & Kekurangan GUI

Kelebihan  :-

  • Reka bentuk Grafik lebih menarik.
  • GUI membolehkan user untuk berinteraksi dengan komputer secara lebih baik.
  • Memudahkan pengguna.
  • Menarik minat pengguna.
  • Resolusi gambar yang tinggi.
  • Memahirkan pengguna dengan cepat
  • Jimat masa

Kekurangan :-

  • Memakan memori yang sangat besar.
  • Bergantung pada peranti keras.
  • Memerlukan banyak tempat pada skrin komputer.
  • Tidak fleksibel.


Itu sajalah yang dapat saya kongsikan bersama pada kali ini.. INSYAALLAH.. jikalau ada penambahan atau kekurangan, mohan maaf dipinta..terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk membaca penulisan blog sy ini..


Alhamdulillah..Assalamualaikum..:-)



Monday, 3 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu 11

Assalamualaikum & salam sejahtera..^^


Alhamdulillah.. sudah masuk minggu ke-11 kita bersama dalam proses pembelajaran untuk subjek GE1155 ( Komputer Dalam Pendidikan). Pada proses pembelajaran minggu ini, kelas bermula lewat sedikit  kerana Puan Fariza mempunyai kerja yang tidak dapat dielakkan. Tetapi, dengan kesungguhan dan komitmen terhadap tugas sebagi pengajar, beliau datang juga untuk menyebarkan ilmu pelajaran yang penting ini. Alhamdulillah..^_^



Pada minggu lepas , saya telah mempelajari tentang Apa itu Multimedia dan bagaimana cara untuk menghasilkan gambar melalui aplikasi grafik menggunakan aplikasi Paint , Powerpoint dan GIMP.


  Pada minggu ini , kami telah ditugaskan oleh Puan Fariza untuk menghasilkan Broshure tentang  tajuk yang telah diberikan kepada kumpulan kami dulu. Tajuk kumpulan saya ialah Online Forum. Oleh itu, saya perlu menghasilkan Broshure dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office iaitu Microsoft Publisher.



Apa itu Broshure?

Broshure = risalah

  • Brosur adalah cebisan pengiklanan terutamanya digunakan untuk memperkenalkan syarikat atau organisasi, dan memaklumkan mengenai produk dan / atau perkhidmatan kepada penonton sasaran. Risalah diedarkan melalui pos, menyerahkan sendiri atau diletakkan dalam rak risalah.

Untuk menghasilkan Broshure, saya telah menggunakan aplikasi Microsoft Office iaitu Microsoft Publisher. Dengan menggunakan Microsoft Publisher ini, kita boleh memilih pelbagai design dan bentuk yang kita inginkan.Selain itu, cara penyediaanya pun sangat mudah.






cara untuk menghasilkan Broshure :-


Masuk ke Microsoft Publisher




Apabila kita memasuki windows microsoft office publisher, langkah seterusnya adalah kita harus berfikir tentang apa yang kita hendak lakukan. contoh, saya akan mewujudkan Broshure. Jadi
saya mestilah klik pada 'Brochures' seperti rajah di bawah.





Seterusnya, Terdapat pelbagai jenis broshure design yang anda boleh pilih didalam Microsoft Publisher ini. Saya telah memilih salah satu daripadanya.




Broshure merupakan salah satu aplikasi bahan bacaan yang digunakan oleh orang ramai untuk memperkenalkan sesuatu jenama produk kepada orang ramai. Di dalamnya, terdapat isi-isi penting yang telah dimasukkan untuk memberitahu tentang sesuatu perkara kepada orang ramai. 




Anda juga boleh menukar saiz halaman dengan cara berikut. Pilih saiz menu halaman - perubahan saiz halaman dipilih mengikut saiz yang anda mahu. Selepas anda memilih saiz halaman maka anda klik di menu 'ok' bawah.






 Bagi menghasilkan broshure yang menarik, saya mendapati ia juga boleh memasukkan gambar, memilih warna latar dan boleh juga menukar design mengikut kehendak masing-masing. 

Selepas anda berjaya mencipta broshure jangan lupa untuk menyimpan dalam bentuk postcript atau * pdf  untuk dicetak.






Ini contoh broshure yang telah saya hasilkan..!!









Itu sajalah perkongsian saya untuk anda pada kali ini..


Selamat Mencuba..^^